Senin, 29 Oktober 2007

TOPOLOGI

JENIS-JENIS TOPOLOGI


Topologi rangkaian merujuk kepada bagaimana komputer-komputer tersebut disambungkan secara pemetaan. Topologi rangkaian terbahagi kepada dua jenis iaitu topologi fizikal dan topologi logikal.
Topologi fizikal bagi sesuatu rangkaian merujuk kepada kongfigurasi yang terdapat pada kabel, komputer dan lain-lain periferal (peripherals). Topologi logikal pula adalah merupakan kaedah yang digunakan untuk memindahkan informasi atau maklumat di anatara satu komputer deengan satu komputer yang lain yang terdapat di dalam stesen kerja.

Berikut adalah jenis-jenis topologi yang utama :
1. Topologi Bas atau Linear Bas
2. Topologi Bintang
3. Topologi Gelang Token atau cincin
4. Topologi Pepohon
5. Topologi Hierarki


TOPOLOGI BUS

Topologi bus terdiri daripada beberapa komputer yang disambungkan kepada satu kabel utama dengan menggunakan terminator. Kabel yang digunakan adalah kabel sepaksi, (coaxial kabel 50 ohm) dan penyambung RG58. Jarak maksimum kabel adalah 185 meter.

Kebaikan Topologi Bus:
Senang untuk menambah atau mengurangkan komputer dan nod tanpa mengganggu operasi yang telah dijalankan.
Kurang kabel dan jarak LAN tidak terbatas.
Murah.
Sesuai untuk rangkaian yang kecil.

Kelemahan Topologi Bus:
Jika kabel tulang belakang (Backbone) atau mana-mana nodnya bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.
Memerlukan terminator untuk kedua-dua hujung kabel tulang belakang .
Sukar mengesan kerosakan.
Perlu pengulang (repeater) jika jarak LAN juah.
Perisian tambahan diperlukan untuk mengelakkan perlanggaran (collision) data

Peralatan yang digunakan:
Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalk
Kabel : Coaxial, Twisted Paid, Fiber Optic
Connector : BNC, BNC T-Connector, RJ-45, ST Connector, SC Connector
Terminator : Terminater 50 ohm
Protokol : Ethernet, LocalTalk


TOPOLOGI BINTANG
Topologi bintang menyambungkan setiap node (komputer dan peralatan lain) ke hub atau switch. Data yang dihantar dalam topologi bintang akan melalui hub atau switch sebelum ke destinasinya. Hub juga berfungsi mengawal dan menyelia penghantaran data dalam rangkaian. Kabel yang digunakan adalah kabel pasangan terpiuh (unshielded twisted pair) atau fiber optic.

Kebaikan Topologi Bintang:
Mudah untuk menyambungkan kabel rangkaian
Mudah mengenalpasti masalah
Tiada gangguan pada sistem rangkaian apabila menyambung atau membuang peralatan dalam rangkaian.

Kelemahan Topologi Bintang:
Memerlukan kabel yang panjang (setiap node satu kabel)
Sekiranya hub gagal fungsi keseluruhan rangkaian tidak dapat beroperasi
Kos pemasangan yang lebih berbanding topologi bus.

Peralatan yang digunakan:
Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalk
Kabel : Twisted Pair, Fiber Optic
Connector : RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protokol : Ethernet, LocalTalk
Hub/Switch : 10Base 8 ports, 10Base 16ports, Ethernet Hub/Switch 8 ports, Ethernet Hub/Switch 16 ports


TOPOLOGI CINCIN
Topologi Bintang merupakan topologi yang tertua, ia diperkenalkan dengan pensuisan analog dan digital yang digunakan dalam sistem telefon.
Sesuai dengan namanya rekabentuknya berbentuk seperti bintang. Peranti yang biasa digunakan untuk topologi ini ialah hub.
Kos awal penyediaan topologi ini adalah lebih tinggi berbanding topologi bas tetapi lebih kurang sama dengan kos topologi cincin. Ini disebabkan topologi star memerlukan pendawaian hub dan pendawaian rangkaian yang lebih basnyak berbandind topologi bas. Walaubagaimanapun ia mudah diuruskan kerana nod-nod yang rosak mudah dikenalpasti. Pembaikan nod yang rosak juga boleh dilakukan terus di rangkaian dan perkhidmatan kepada nod yang lain tidak terjejas.

Kebaikan Topologi Bus:
Penghantaran data laju.
Dapat melayan lalu lintas data yang padat.
Masa untuk mengakses data optimal.
Komunikasi antara terminal mudah.Tiada perlanggaran (collision) data

Kelemahan Topologi Bus:
Jika kabel utama bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.
Penambahan atau pengurangan terminal sangat sukar.
Sukar mengesan punca kerosakan.

Peralatan Yang Digunakan:
Jenis NIC : Token-Ring Card
Kabel : Twisted Pair
Connector : RJ-45
Protokol : Token Ring
Alatan lain : MAU (Multistation Access Unit) untuk menghantar maklumat melalui cincin


Topologi Token Ring
Topologi ini hampir sama dengan topologi ring akan tetapi pembuatannya lebih di sempurnakan. Bagaimana pada token ring kable penghubung di buat menjadi lingkaran terlebih dahulu dan nantinya akan di buatkan terminal-terminal untuk masing-masing komputer dan perangkat lain.


Topologi Pohon
Topologi pohon atau di sebut juga topologi hirarki dan bisa juga disebut topologi bertingkat merupakan topologi yang bisa di gunakan pada jaringan di dalam ruangan kantor yang bertingkat.

Bisa kita lihat hubungan antar satu komputer dengan komputer lain merupakan percabangan dengan hirarki yang jelas.sentral pusat atau yang berada pada bagian paling atas merupakan sentral yang aktiv sedangkan sentral yang ada di bawahnya adalah sentral yang pasif.